Jom Klik!

Total Pageviews

Thursday 10 November 2011

Yeh...Mak Ayah nak blk dah...

Salam..yeh..mak ayah aku dah nak blk dari menunaikan haji pada 24 Nov 2011 ni..Alhamdullilah tercapai juga impian mak aku nak ke sana, ayah aku dah 2 kali pergi...syukur ,terima kasih tabung haji kerana menguruskan segala-segalanya utk mak ayah aku sepanjang di tanah suci.
Teringat aku mak mengerah keringat setiap hari mencari menjual roti sebgai wasilah mencari wang untuk menunaikan haji.Seawal 4 pagi bermula tahun 2006-2011 mak aku bgn secara istiqamah utk membuat roti plbgai  jenis untuk di hntr ke koperasi sekolah trdkt.Plbgai cabaran dan dugaan yg dihadapi diharungi dgn  cekal semata-mata ingin menjadi tetamu Allah.Akhirnya dgn duit menjual rotilah mak aku dapat pergi haji tahun ni.

Ni antara jenis roti mak aku buat

Ayah aku pula tiap2 awal pagi sblm subuh prgi gegar asrama,haha, maklumlh ckgu.Yang peliknya stp hari,mak ai, kalau aku x larat aku.Ayah aku kata "Lead by an EXAMPLE",mgkn ni cara dia nendidik anak2 murid dia.Mmg dego ah aku bunyi hon motor kalo aku blk umah cuti sklh dulu, amik ko smpai dapat gelaran ckgu BEKAM sbb suka cubit muridnya kalo x bgn subuh..haha..mgkn atas sbb Allah bagi rezeki utk menjadi tetamuNya buat kali kedua.Alhamdullah..

No comments:

Post a Comment